Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

27

Soalan

DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO' AZUMU [ TAMBUN ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI mengulas kesan daripada operasi pengeluaran pasir dasar laut di kawasan luar perairan negeri Perak susulan kelulusan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod kelulusan lesen mendapatkan pasir dasar laut di bawah Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966 yang terkini, tiada pelesen menjalankan operasi pengorekan pasir di kawasan luar perairan Negeri Perak.

2. Namun begitu, Kementerian ini menegaskan bahawa sebarang kelulusan kawasan pengorekan pasir dasar laut di kawasan pelantar benua iaitu di kawasan perairan melebihi tiga

(3) batu nautika dari tikas air surut perlu mendapat kelulusan Kajian Penilaian Kesan Ke Atas Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) selaras dengan Perkara 8(c) dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 1974 sebelum aktiviti pengorekan pasir dilaksanakan bagi memastikan impak kepada alam sekitar dapat ditangani dengan lebih berkesan lagi. Langkah-langkah mitigasi untuk melindungi ekologi hidupan laut, memastikan keselamatan pelayaran dan lain-lain telah diambil kira di dalam Laporan Kajian EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Sekian, terima kasih.


Attachments