Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

07 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

37

Soalan

PUAN RUSNAH BINTI ALUAI [ TANGGA BATU ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan hakisan pantai dan kesan negatif projek penambakan laut di sepanjang pantai dalam Parlimen Tangga Batu, Melaka selama ini berkesan dan dapat menyelesaikan masalah.

Jawapan

Yang di-Pertua,

1. Kelulusan projek penambakan laut adalah di bawah bidang kua sa dan

kawalan pihak Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.
2. Projek penambakan laut adalah merupakan aktiviti yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan memerlukan kajian kesan kepada alam sekeliling (EIA) dilaksanakan oleh pemaju. Melalui kajian EIA, pemaju hendaklah mengenalpasti, meramal serta menilai impak pelaksanaan cadangan pembangunan berkenaan terhadap alam sekitar termasuklah kemungkinan berlakunya hakisan pantai serta mencadangkan langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil bagi mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan kepada alam sekeliling.

3. Laporan tersebut perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Alam Sekitar untuk kelulusan sebelum apa-apa aktiviti dijalankan oleh pihak pemaju projek samada oleh pihak kerajaan atau swasta. Pemaju hendaklah memberi bukti yang cukup bahawa syarat kelulusan dipatuhi dan langkah-langkah kawalan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan kepada alam sekeliling.

4. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan langkah jangkapendek untuk mengurangkan kejadian hakisan di kawasan tersebut. Hasil daripada projek-projek yang telah dilaksanakan, kawasan balai nelayan dan kepentingan nelayan dapat dilindungi. Masalah mendapan pasir di saluran keluar juga dapat diatasi bagi mengurangkan masalah banjir di bahagian hulu dan secara tidak langsung mengurangkan kejadian hakisan.

Sekian, terima kasih

Attachments