Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

5

Soalan

​YBTM JAWAB

TUAN MUSLIMIN BIN YAHAYAMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan untuk membaik pulih hakisan dan kerentanan pantai khusus di pantai barat Semenanjung terutamanya antara kawasan Sungai Besar.

Jawapan

YBTM JAWAB

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan telah meluluskan Projek Mengatasi Masalah Fenomena Air Pasang Besar Dan Hakisan Pantai Pelbagai Negeri untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM200 juta.
Projek ini adalah bagi mengatasi masalah hakisan pantai di seluruh Malaysia termasuklah di pesisiran Pantai Barat Semenanjung Malaysia yang turut merangkumi pesisir pantai Sungai Besar. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal di tapak akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka bermula pada tahun 2020.Bagi Negeri Selangor, kawasan yang terlibat dengan cadangan menaiktaraf dan pembinaan ban pantai baharu adalah :

i) Sabak Bernam
ii) Kuala Selangor
iii) Klang
iv) Kuala Langat

Sekian, terima kasih​

Attachments