Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

9

Soalan

TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan cadangan menaik taraf Sungai Buloh, Sungai Siput (U) di bawah projek tebatan banjir bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Perak Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM250 juta.

Cadangan menaik taraf Sungai Buloh dan Sungai Siput (U) akan dilaksanakan di bawah projek ini iaitu dalam komponen Saliran Mesra Alam, Projek Saliran Mesra Alam serta Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Projek ini kini dalam peringkat proses pengambilan balik tanah.

Sekian, terima kasih.

Attachments