Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

25 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

2

Soalan

YBTM JAWAB

TUAN RAMLI BIN DATO' MOHD NOR​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan penjelasan berkaitan isu kebersihan di Sungai Ichat, Parit Fall dan Robinson Fall di Cameron Highlands yang kian tercemar. Nyatakan tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian supaya sungai-sungai ini dapat dipelihara serta dibersihkan untuk dibuka kembali sebagai salah satu tempat tarikan pengunjung ke Cameron Highlands.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Isu pencemaran Sg Ichat, Parit Fall dan Robinson Fall adalah berpunca daripada sikap warga setempat yang tidak prihatin dalam menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya sumber air. Sg Ichat terletak di dalam kawasan tanaman persendirian manakala Parit Fall dan Robinson Fall berada di hulu kawasan pertanian. Pencemaran di kawasan ini adalah disebabkan oleh sisa-sisa pertanian.

Perkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air yang membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan.
Dalam aspek pemuliharan sungai yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, KATS selaku kementerian memberi perhatian secara khusus mengenai isu pembersihan serta mendalamkan parit/sungai untuk mengurangkan risiko banjir sahaja.

Skop kerja yang terlibat di bawah program tersebut adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaik taraf dan menyelenggara aset/ struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir. Di bawah program ini, KATS membantu Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh Negara.

Bagi menangani isu di ketiga-tiga sungai ini, penguatkuasaan serta kawalan pencemaran di punca (control at source) perlu dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menangani isu pencemaran sungai dengan cara mendidik warga setempat untuk melihat kepentingan dan keperluan menjaga sumber air dan impak yang bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku. Para petani juga seharusnya digalakkan untuk mengamalkan Good Agricultural Practice (GAP) bagi mengawal sisa pencemaran sebelum masuk ke sungai.
Usaha bagi mengatasi isu pencemaran di kawasan berkenaan melibatkan pelbagai agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Galian (PTG), NGO dan juga masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.

Attachments