Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM300 juta.
Projek tersebut masih dalam peringkat reka bentuk dan penyediaan dokumen tender serta memuktamadkan jajaran pengambilan tanah. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal bagi projek ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2021 di mana tempoh pelaksanaan projek adalah tiga tahun.
Sekian, terima kasih