Tuan Yang di-Pertua,
1. Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan lima (5) projek membaik pulih dan menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) melibatkan peruntukan berjumlah RM931 juta seperti berikut:
i) Menaiktaraf LRA Pelubang (dari 227 JLH kepada 454 JLH);
ii) Membaik pulih LRA Lubuk Buntar Lama (berkapasiti 34 JLH);
iii) Menaiktaraf LRA Jenun Baru (dari 55 JLH kepada 110 JLH);
iv) Menaiktaraf LRA Bukit Selambau (dari 30 JLH kepada 70 JLH); dan
v) Menaiktaraf LRA Bukit Sungai Limau (dari 18 JLH kepada 40 JLH).
2. Memandangkan peruntukan untuk projek ini adalah dalam bentuk pinjaman, maka pelaksanaan projek ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri. Kementerian ini dimaklumkan bahawa pelaksanaan projek-projek ini mengalami kelewatan di mana proses tender hanya akan dibuat pada Januari 2020. Manakala pengeluaran Surat
Setuju Tertima (SST) dijangka dapat dikeluarkan pada April 2020 dan projek ini dijangka dapat disiapkan pada 2023.
3. Kementerian ini ingin memohon kerjasama kerajaan Negeri Kedah untuk memberikan keutamaan terhadap pelaksanaan projek-projek ini bagi memastikan kelangsungan bekalan air terawat yang mampan bagi penduduk Negeri Kedah.
Sekian, terima kasih.