Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

87

Soalan

YB TUAN CHOW KON YEOW  [ TANJONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci polisi pembelian air mentah antara Pulau Pinang dari Perak berasaskan kenyataan Majlis Air Negara bertarikh 25 Februari 2019 Perkara 8(ii). Adakah Kerajaan Pusat akan melaksanakan polisi sama yang diguna pakai di antara Negeri Pahang dan Selangor, Johor dan Melaka, jika berbeza perincikan rasionalnya. 


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,   
1. Izinkan saya untuk menjelaskan bahawa Mesyuarat Pertama Majlis Air Negara (MAN) yang bersidang pada 25 Febuari 2019 telah membuat keputusan supaya negeri yang mempunyai akses sumber air mentah untuk menjual kepada negeri yang memerlukan bagi menjana pendapatan tambahan. Dalam mesyuarat yang sama juga, wakil Jabatan Peguam Negara memaklumkan sebagaimana yang telah termaktub di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II, Perlembagaan Persekutuan bahawa hal-hal yang berkaitan sumber air adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.  

2. Oleh yang demikian, keputusan Mesyuarat MAN pada 25 Februari 2019 tidak mewakili polisi Kerajaan Persekutuan berkaitan penjualan air antara dua negeri. Ini jelas bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa pemutus bagi menentukan sama ada ingin membekal air mentah atau air terawat kepada negeri pembeli. Cuma yang menjadi praktik sekarang ialah pembekalan air mentah sepertimana yang disebut YB Tanjong, itupun setelah dipersetujui oleh kedua-dua negeri.  
Tuan Yang di-Pertua,  

3. Dalam kes projek penyaluran air dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Pulau Pinang, Kementerian ingin mencadangkan supaya kedua-dua negeri perlu terlebih dahulu bersetuju mengenai kaedah penyaluran air iaitu sama ada air mentah atau air terawat kepada Pulau Pinang. Tanpa adanya keputusan dasar mengenai perkara ini, penglibatan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peruntukan agak sukar dilaksanakan. Walau bagaimanapun, Kementerian ini sebagai pemudahcara akan mengatur satu perbincangan melibatkan kedua-dua YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Perak dalam mencari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan bersama.
  
Sekian, terima kasih. 



Attachments