Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

100

Soalan

​TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI [ JELUTONG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang di Jelutong dijangka akan siap.   



Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,  

1. Projek tebatan banjir di kawasan Jelutong adalah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang di Daerah Timur Laut. Projek ini merupakan projek RTB yang diluluskan dalam Rolling Plan-2 (2017) RMKe-11 dengan kos siling projek sebanyak RM150 juta.   

2. Projek tersebut kini dalam peringkat rekabentuk terperinci dan kerja ukur kejuruteraan. Rekabentuk terperinci dijadualkan akan siap dilaksanakan pada Jun 2020 dan projek ini dijadualkan akan ditender pada Julai 2020. Pelaksanaan kerja-kerja fizikal bagi projek ini dijangka akan bermula pada tahun Oktober 2020 dan dijangka akan siap dilaksanakan pada akhir tahun 2024.  
Sekian, terima kasih. 



Attachments