Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

184

Soalan

TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI [ SIBUTI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah peruntukan yang diagihkan kepada Parlimen Sibuti bagi program pembersihan sungai bagi tahun 2018-2019 dan berapa jumlah sungai yang disenaraikan bagi pembersihan sungai bagi tahun 2020.   


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,  
Di bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri, jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) kepada Parlimen Sibuti melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri adalah sebanyak RM 18,000.00 pada tahun 2018 dan RM 254,100.00 pada tahun 2019.   

Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pembersihan koridor sungai (pemotongan rumput), menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.  

Memandangkan peruntukan bagi tahun 2020 masih di peringkat perbincangan dengan JPS Negeri, jumlah sungai yang disenaraikan bagi pembersihan sungai bagi tahun 2020 masih lagi belum dimuktamadkan dan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan.  

Sekian, terima kasih.  

Attachments