Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

238

Soalan

DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS [ HULU LANGAT ] ​Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian terhadap cadangan untuk menjalankan penanaman “hemp” di seluruh Malaysia sebagai tanaman komersial.   


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,  
1) Penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan berdasarkan Akta Dadah Berbahaya 1952. Sebelum hemp ditanam bagi tujuan komersial, R&D yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi meneroka potensi penanaman hemp di Malaysia.   

2) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang membuat perbincangan bagi cadangan penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan. Cadangan penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan ini memerlukan tempoh 2 hingga 3 tahun dengan mengambil kira pelbagai faktor merangkumi kawalan dari aspek perundangan, pemantauan dan keselamatan.   

Sekian, terima kasih




Attachments