Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

314

Soalan

TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah ke hadapan untuk melengkapkan infrastruktur bekalan air bersih terawat (melalui Syarikat Air Darul Aman - SADA) atau sumber air asli dari bukit (air masyarakat) untuk memenuhi keperluan penduduk Sik yang masih belum mencukupi pada ketika ini. ​


Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,   

1. Bagi menyediakan bekalan air terawat yang sempurna kepada penduduk di Daerah Sik, satu (1) Projek Pembangunan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Daerah Padang Terap yang merangkumi skop pemasangan paip di Daerah Padang Terap dan Daerah Sik serta menambahbaik Loji Rawatan Air Nami sedang dilaksanakan dengan peruntukan secara langsung (geran) melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).   

2. Selain itu, SADA selaku Operator Air juga telah mengangkat permohonan kepada KPLB bagi melaksanakan projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Jeniang Baru. Dengan pelaksanaan projek ini, penduduk di Daerah Sik akan dapat menikmati bekalan air dengan sempurna.  

Sekian, terima kasih.   



Attachments