Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

372

Soalan

​PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE  [ SANDAKAN ]  Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah cara penyelesaian untuk mengatasi isu kampung-kampung atas air yang diwartakan oleh Kerajaan tempatan tetapi tidak mempunyai sistem pembetungan yang diperlukan. ​
 


Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,   
1. Kementerian ini melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dengan usahasama Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2015 telah melaksanakan satu kajian bagi mengkaji sistem-sistem yang bersesuaian dan terbaik bagi merawat sisa kumbahan di pulau-pulau dan perkampungan air. Berdasarkan kajian tersebut, antara sistem-sistem yang boleh digunakan termasuk:   

(i) Sistem pembetungan konvensional; (ii) Sistem Vakum; dan (iii) Sistem CAGED IN-SITU SEPTIC TANK (CISST).   

2. Penggunaan sistem pembetungan konvensional dengan pemasangan rangkaian paip adalah amat sukar untuk dilaksanakan di kawasan perkampungan air yang mana pembangunannya adalah tidak terancang serta memerlukan kawasan tanah yang sesuai untuk pembinaan stesen pam serta loji rawatan kumbahan.   
3. Berdasarkan kajian pad
a tahun 2015 tersebut, kaedah yang paling sesuai digunakan di perkampungan atas air ialah kaedah “CAGED IN-SITU SEPTIC TANK (CISST)” di mana kaedah ini terbukti untuk merawat air kumbahan di perkampungan air. Namun, dari segi nilai aestetik, ianya mendapat tentangan daripada penduduk.  

4. Terdapat perkampungan atas air di Semenanjung Malaysia yang telah diwartakan sebagai kawasan warisan/heritage di mana ianya tidak boleh diubahsuai seterusnya menyukarkan pembangunan pembetungan untuk menangani masalah pencemaran kumbahan. Sehubungan itu, pada masa ini pihak JPP masih lagi menyemak dan meneliti sistem yang terbaik yang sesuai serta efektif bagi menyelesaikan isu pembetungan di pulaupulau dan juga perkampungan atas air. Pemilihan sistem rawatan kumbahan yang akan digunakan perlu dibuat secara case-to-case basis yang mana antara lain perlu mengambil kira aspek-aspek seperti kos pembinaan dan operasi penyelenggaraan, kawasan yang diperlukan dan sebagainya.  
Sekian, terima kasih. 

Attachments