Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

468

Soalan

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah dan kategori kes kesalahan pembalakan bagi tahun 2018 sehingga ke hari ini di seluruh negara.   ​


Jawapan

​​​​Tuan Yang di-Pertua,  

1. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) amat komited dalam menangani isu dan kes kesalahan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia. Bagi membanteras dan menangani jenayah yang melibatkan HSK, JPSM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri telah melaksanakan pemantauan dan operasi yang lebih efektif seiring dengan misi dan visi untuk mengurus sumber hutan secara berkekalan.   

2. Hasil daripada pemantauan dan operasi yang dijalankan, kes kesalahan hutan yang direkodkan pada tahun 2018 sehingga kini adalah sebanyak 366 kes kesalahan hutan dengan melibatkan 5 kategori kesalahan mengikut julat kadar denda dan hukuman penjara yang dikenakan seperti dalam jadual berikut: 

Kategori Kesalahan Hutan Dan Bilangan Kes Kesalahan Hutan Di Semenanjung Malaysia Dari Tahun 2018 Hingga Ogos 2019 Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) 




Attachments