Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

524

Soalan

DATUK HALIMAH BINTI MOHAMAD SADIQUE [ KOTA TINGGI ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah Kementerian menjalankan usaha sama dengan agensi penguatkuasaan bagi membanteras kejadian serangan gajah liar yang berleluasa di FELCRA Sg. Ara yang menjadi kerisauan penduduk.   ​


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,  

1. Untuk makluman Yang Berhormat, FELCRA Sg. Ara terletak di daerah Kota Tinggi, Johor dan bersempadan dengan Hutan Simpan Ulu Sedeli dan Ladang Hutan Aramijaya. Ianya merupakan kawasan keliaran dan habitat utama gajah yang dikenal pasti sebagai Kumpulan Gajah Panti dengan anggaran populasi sebanyak 30 hingga 40 ekor dan Kumpulan Gajah Jemaluang dengan anggaran populasi sebanyak 20 hingga 30 ekor. Manakala anggaran bilangan gajah yang terlibat dalam kawasan tersebut adalah sekitar 2 hingga 10 ekor.  

2. Kehilangan habitat dan kekurangan sumber makanan merupakan punca utama berlakunya konflik gajah di kawasan ini. Terdapat juga kawasan hutan pulau di tengah-tengah kawasan penanaman sawit yang menjadi lokasi persinggahan gajah pada waktu siang. 3. Berdasarkan rekod mulai tahun 2015 sehingga Ogos 2019, sebanyak 24 aduan gangguan gajah telah diterima oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Negeri Johor. Bagi mengurangkan kesan gangguan gajah-gajah ini, Jabatan PERHILITAN telah dan sedang mengambil beberapa langkah pengurusan seperti berikut:  
(i) menjalankan aktiviti kawalan bersenjata api di lokasi-lokasi aduan terutama apabila berlakunya serangan gajah; 
(ii) memberi khidmat nasihat kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti kawalan malam berkala secara komuniti apabila berlakunya serangan gajah; 
(iii) memberi khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik ladang agar menyelenggara pagar elektrik gajah mereka agar ianya dapat berfungsi dengan baik; 
(iv) menubuhkan Santuari Gajah Johor yang sedang dalam pembinaan yang akan dapat mengurangkan masalah gangguan gajah apabila ianya mula beroperasi pada tahun hadapan; 
(v) menjalankan operasi pemindahan gajah sekiranya perlu bagi gajah yang menimbulkan konflik yang serius; dan 
(vi) meminta penduduk untuk melaporkan segera kepada pihak Jabatan PERHILITAN jika ada sebarang penemuan berkaitan kehadiran gajah seperti kesan najis, tapak kaki dan kesan makan kepada pihak jabatan untuk tindakan segera. 

Sekian, terima kasih. 

Attachments