Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

17

Soalan

​TUAN SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU [ BATU GAJAH ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keadaan paras air di semua empangan-empangan seluruh negara. Nyatakan juga tindakan-tindakan yang telah diambil untuk menangani atau menghadapi penyusutan paras air apabila berlaku keadaan kritikal.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhannya bagi tahun 2019, kebanyakan empangan utama di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan berada pada paras yang terkawal. Walau bagaimanapun, terdapat dua negeri yang mempunyai empangan yang berada di paras kritikal iaitu Melaka dan Johor. Empangan yang mencatat bacaan di bawah paras kritikal adalah Empangan Durian Tunggal, Melaka dan Empangan Lebam, Empangan Upper Layang, Empangan Pulai

2, Empangan Labong dan Empangan Machap bagi Negeri Johor.Penyusutan air di empangan-empangan ini adalah disebabkan fenomena cuaca panas yang panjang serta kekurangan taburan hujan. Ia memberi kesan kepada kecukupan air mentah bagi disalurkan kepada kepada loji rawatan air. Antara tindakan segera yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua negeri ini bagi menangani masalah penyusutan air empangan termasuk pengepaman air mentah daripada sumber lain, pencarian sumber air alternatif seperti air bawah tanah dan sebagainya. Di samping itu, Bekalan Air Berjadual turut dilaksanakan bagi mengurangkan gangguan bekalan air bersih kepada penduduk akibat kemerosotan sumber air mentah.

Sekian, terima kasih.

Attachments