Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

24

Soalan

TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI [ SIBUTI ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian mengenai masalah hakisan pantai di kawasan Parlimen Sibuti seperti hakisan pantai Kuala Bakam, hakisan pantai Tusan, hakisan pantai Bungai dan hakisan Kuala Sibuti, adakah Kementerian masih mempunyai perancangan untuk menyiapkan benteng pemecah ombak bagi pantai Bungai.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sememangnya memandang serius masalah hakisan pantai yang berlaku di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, masalah ini perlu ditangani secara berperingkat memandangkan kos bagi melaksanakan kaedah mengawal hakisan pantai seperti pembinaan groyne, penambakan pasir, pembinaan benteng batu mahupun membina pemecah ombak bagi mencegah hakisan pantai adalah sangat tinggi.

Dalam hal ini, Kerajaan terpaksa menumpukan kerja-kerja membina benteng baharu berbanding memperbaiki benteng yang telah rosak atau lain-lain kaedah bagi mencegah hakisan pantai mengikut tahap kritikal hakisan pantai tersebut dan mengikut tahap kesediaan peruntukan yang telah diluluskan.

Peruntukan baharu bagi program mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan pantai di Negeri Sarawak telah dipohon sebanyak RM 350 juta dalam RP4 2019 RMKe-11, yang merangkumi hakisan pantai di kawasan yang dilaporkan, namun tidak diluluskan. Walaubagaimanapun, peruntukan ini akan dipohon semula dalam RMK-12 akan datang.

Sekian, terima kasih

Attachments