Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

41

Soalan

​YB TUAN CHOW KON YEOW [TANJONG] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan kelulusan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM). Bilakah ia akan dibentangkan dan tempoh masa Kerajaan Pusat akan menyelaras tarif air melibatkan semua negeri. Berhubung rundingan atau pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS), adakah Fasa 1 akan siap menjelang tahun 2025. Jika tidak, nyatakan kenapa.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Dari segi perkembangan ke arah melaksanakan Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM, saya ingin memaklumkan bahawa sesi konsultasi dengan operator air, kerajaan-kerajaan negeri serta wakil pengguna telah dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Cadangan ini selanjutnya akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Pelarasan tarif bagi setiap negeri akan dilaksanakan setelah kelulusan Jemaah Menteri diperoleh.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Berhubung pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS), Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 22 Januari 2019 secara prinsipnya telah bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri Perak untuk membekalkan air terawat dan kedua-dua negeri akan berunding mengenai pembinaan loji rawatan air secara usaha-sama.

3. Walau bagaimanapun, pendirian Kerajaan Pulau Pinang ini telah berubah dan telah dizahirkan dalam mesyuarat pelaksanaan SPRWS pada 20 September 2019. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa ini hanya berhasrat untuk membeli bekalan air mentah manakala Kerajaan Negeri Perak masih tetap dengan pendirian untuk menjual air terawat.


4. Kesiapan pelaksanaan SPRWS Fasa 1 menjelang tahun 2025 adalah bergantung kepada keputusan yang dirundingkan di antara kedua-dua Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan berpendirian pelaksanaan penyaluran air ini perlu dipersetujui oleh kedua-dua Kerajaan Negeri memandangkan pengurusan dan hal-hal yang berkaitan sumber air adalah terletak di bawah hak dan kuasa Kerajaan Negeri.

5. Lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 20 September 2019 tersebut, pihak Kementerian akan mengatur satu mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri KATS melibatkan YAB Menteri Besar Perak dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mendapatkan keputusan dasar mengenai kaedah penyaluran air iaitu sama ada air mentah atau air terawat kepada Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.​


Attachments