Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

09 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

33

Soalan

​YB DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan dapat membantu (Syarikat Air Darul Aman - SADA) dalam menyelesaikan masalah air yang sering melanda rakyat di negeri Kedah.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan Persekutuan komited dalam membantu menyelesaikan masalah bekalan air di Negeri Kedah. Sehubungan ini, di bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek bekalan air di Kedah yang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.64 bilion. Projek-projek ini memfokus kepada peningkatan reka bentuk dan kapasiti loji rawatan air serta program pengurangan kadar air tidak berhasil (non revenue water – NRW).

Tuan Yang di-Pertua,

2. Kedudukan kewangan Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang kurang memberangsangkan juga turut menjejaskan perkhidmatan SADA kepada pengguna air di Kedah. Oleh itu pada tahun 2020, Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penyeragaman struktur tarif dan pelarasan kadar tarif sedia ada melalui Tariff Setting Mechanism (TSM). Ia merupakan langkah penting bagi memandu industri perkhidmatan bekalan air di Negeri Kedah ke arah mencapai aspirasi kemapanan jangka masa panjang.

Sekian, terima kasih.


Attachments