Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

09 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

JUPEM

Nombor Soalan

40

Soalan

YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG​ Minta AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini garisan persempadanan maritim antara Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Penentuan sempadan maritim hanya dapat dimulakan apabila sempadan darat antara negeri hingga ke garis pantai/kuala sungai dimuktamadkan terlebih dahulu. Persempadanan darat antara Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu telah dimuktamadkan pada 20 Jun 2019. Kedua-dua Kerajaan Negeri boleh memulakan inisiatif bagi menjalankan proses lanjut untuk memuktamadkan persempadanan maritim antara negeri.

Penentuan sempadan darat bagi Kerajaan Negeri Terengganu dan Pahang masih dalam proses rundingan iaitu bagi memuktamadkan ke titik akhir garis pantai/kuala sungai. Justeru itu, setelah sempadan darat kedua negeri dimuktamadkan barulah proses merundingi dan memuktamadkan sempadan maritim boleh dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.


Attachments