Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

2

Soalan

​​​​​​YBTM JAWAB

DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah persiapan dan perancangan Kerajaan dalam berhadapan dengan situasi beberapa bandar di Malaysia bakal ditenggelami air sebagaimana kajian yang dibuat oleh 'Nature Communication', dengan menggunakan 'Digital Elevation Models' (Coastal DEMs).

Jawapan

​​

Tuan yang di- Pertua,

Kementerian ini melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) berasaskan dapatan kajian perubahan iklim dan kenaikan aras laut telah membantu agensi perancang dan agensi pelaksana dalam merancang pembangunan fizikal dan menyediakan pelan mitigasi untuk menangani isu bencana air termasuk potensi banjir di kawasan persisir pantai akibat kenaikan paras air laut. Tindakan yang telah diambil merangkumi:

i) menjalankan kajian kenaikan aras laut bermula pada tahun 2010 dan kemudiannya mengemaskini nilai unjuran kenaikan aras laut di seluruh Malaysia berdasarkan senario terkini pada tahun 2017;

ii) menjalankan penilaian dan cadangan langkah adaptasi kesan kenaikan aras laut di lokasi-lokasi terpilih bagi persisir pantai negara seperti di Kedah, Terengganu, Sabah, Lembangan Sungai Sarawak, Selangor, Perak, Kelantan, Melaka Negeri Sembilan dan Johor melalui penghasilan Peta Inundasi Kenaikan Aras Laut;

iii) dapatan kajian ini juga telah membantu agensi-agensi kerajaan dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan dan persiapan bencana, perancangan dan pelaksanaan pembangunan fizikal sebagai contohnya melalui:

 National Disaster Management Agency (NADMA): membantu agensi dalam kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana akibat kesan kenaikan aras laut;

 PLAN Malaysia (Jabatan Perancang Bandar dan Desa): membantu dalam perancangan pembangunan di dalam Pelan Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Struktur Negeri,
Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Fizikal Zon Pantai Negara (RFZPN). Sebagai contoh deraf Rancangan Struktur Negeri Terengganu (2050) – Kajian Semula yang telah memasukkan elemen perubahan iklim dan kenaikan aras laut.

 Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS): Membantu dalam penyediaan pelan adaptasi dan perlindungan dalam menangani impak kenaikan aras laut dan banjir pantai melalui Integrated Shoreline Management Plan (ISMP). JPS juga telah melaksanakan pembinaan ban pantai dan struktur pemecah ombak bagi menangani isu ini;

 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM): program penanaman semula bakau di kawasan pesisir pantai yg terkesan dari hakisan pantai dan melaksanakan pengurusan hutan yang lestari dan mampan.

iv) kajian dari aspek potensi banjir tahun 2030 dan 2050 di 15 lembangan sungai juga telah dilaksanakan yang menjurus kepada peningkatan kawasan liputan banjir. Keadaan ini memerlukan langkah perancangan perbandaran yang lebih teliti seperti penyediaan Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Fizikal Negara (RFN).

Sekian, terima kasih.

Attachments