1) Penyelesaian menyeluruh bagi mengatasi masalah banjir di Lembangan Sungai Golok memerlukan perlaksanaan projek yang meliputi RMKe 11, RMKe 12 dan RMKe 13. Di bawah RMKe 11, Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) siling kos projek sebanyak RM300 Juta.
2) Projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada tahun 2022 yang melibatkan Jajahan Tumpat dan Jajahan Pasir Mas. Pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 14% di mana kerja-kerja pembinaan gate di Kuala Jambu sedang dilaksanakan.
3) Langkah-langkah telah dan akan diambil oleh JPS untuk melaksanakan dengan segera projek ini adalah:
i) mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan isu-isu sosial dan pengambilan tanah diselesaikan dengan segera dengan kerjasama Kerajaan Negeri bagi mengurangkan risiko projek tertangguh.
ii) memastikan pihak kontraktor yang telah dilantik melaksanakan kerja-kerja di tapak mengikut jadual yang ditetapkan dan menyelesaikan isu-isu teknikal ditapak dengan jabatan-jabatan teknikal terbabit.
Sekian, terima kasih.