Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

11 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

67

Soalan

YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH​ Minta MENTERI AIR, TANAH dan Sumber Asli menyatakan apakah polisi mengenai GMO (Genetically Modified Organism) & LMO (Living Modified Organism).

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

1) Malaysia merupakan parti kepada protokol di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity - CBD) iaitu Cartagena Protocol on Biosafety (CPB) yang merupakan satu mekanisme kawalan antarabangsa terhadap penyelesaian mengikut kehendak perdagangan dan perlindungan alam sekitar berdasarkan perkembangan pesat industri bioteknologi.

2) Bagi melaksanakan obligasi dibawah protokol tersebut, Kementerian telah mengambil kira kepentingan biokeselamatan dalam Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 iaitu dalam Sasaran 12: Menjelang tahun 2025, sistem biokeselamatan yang komprehensif termasuk mekanisme bagi liabiliti dan tanggung rugi (liability and redress) beroperasi untuk menangani potensi kesan negatif bioteknologi moden terhadap pemuliharaan dan penggunaan mampan biodiversiti dan kesihatan manusia. Untuk mencapai sasaran ini, tiga tindakan akan dilaksanakan iaitu:

(i) Meningkatkan pemeriksaan dan pematuhan biokeselamatan;
(ii) Menilai kesan Living Modified Organism (LMO) terhadap biodiversiti dan kesihatan manusia; dan
(iii) Membangunkan gerak balas (response) terhadap kecemasan yang diakibatkan oleh biokeselamatan.

3) Kementerian telah menggubal Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dengan tujuan untuk mengawal selia pelepasan, pengimportan,

​4) pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubah suai yang hidup dan pelepasan hasilan organisma sedemikian, dengan tujuan melindungi kesihatan masyarakat dan sumber biodiversiti negara dengan menggunapakai pendekatan berjaga-jaga. Setakat ini sebanyak 256 kelulusan notifikasi (Kajian di dalam makmal) dan 46 kelulusan pelepasan yang melibatkan LMO telah diberikan oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan. Bagi memastikan penguatkuasaan Akta 678 dilaksanakan dengan berkesan, pengawalseliaan ke atas pengimportan produk-produk LMO dilakukan di pintu-pintu masuk negara dan premis.

Sekian, terima kasih.


Attachments