Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

11 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

79

Soalan

PUAN LIM HUI YING​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai projek-projek penambakan pantai (beach nourishment) dan sungai bagi mengatasi masalah hakisan di setiap negeri mengikut panjang yang telah diluluskan dari tahun 2013 hingga 2018.

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memantau masalah hakisan yang berlaku di sepanjang pantai di Malaysia berpandukan kepada National Coastal Erosion Study (NCES) yang telah siap dilaksanakan pada tahun 2015.
2. Bagi mengatasi masalah hakisan pantai, terdapat 2 projek yang melibatkan kerja-kerja penambakan pantai (beach nourishment) yang telah diluluskan dari tahun 2013 hingga 2018 iaitu:

Bil Projek Negeri Panjang Tambakan
1
Projek Mencegah Hakisan Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu (Fasa 2), Terengganu
Terengganu
3.25 km

2
Projek Menaiktaraf Ban Pantai Lagun Setiu, Gong Batu, Setiu, Terengganu
Terengganu
1.2 km

3. Bagi mengatasi masalah hakisan sungai, kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kerja-kerja penstabilan tebing sungai dan ianya tidak melibatkan kerja-kerja penambakan sungai.

Sekian, terima kasih.​

Attachments