Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

12 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

1

Soalan

​YBTM JAWAB

YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam membendung pembalakan haram, pembakaran terbuka dan pembangunan tanah yang tidak terkawal melalui sistem penginderaan jauh (remote sensing).

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,
1) Perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana peruntukan di bawah perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan khidmat nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan, menjalankan penyelidikan dan latihan berkaitan perhutanan kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri.

2) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam membendung pembalakan haram. Dalam konteks ini, JPSM dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah membangunkan sebuah sistem pemantauan hutan dengan menggunakan teknologi remote sensing yang dikenali sebagai Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS). Sistem ini telah mula digunapakai di Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2012. Selain daripada itu, JPSM juga telah membangunkan sistem E-Geospatial Perhutanan (E-GP) yang menggunakan imej daripada sumber terbuka sebagai rujukan kedua bagi mengesan pembalakan haram.

3) Bagi aktiviti pembakaran terbuka pula, JPSM telah bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) yang membekalkan sistem Forestfire Detector Risk System (FDRS) bagi pemantauan pembakaran terbuka di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

4) Dengan bantuan penggunaan sistem-sistem yang disediakan ini, penentuan lokasi kejadian pembalakan haram dan kebakaran hutan dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan berkesan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri.

Sekian, terima kasih.​

Attachments