Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

12 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

32

Soalan

YB DATO' CHAI KIM SEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memelihara dan memulihara gajah-gajah Malaysia memandangkan begitu banyak pemburu haram yang memburu gajah-gajah liar.​

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) amat serius dalam usaha memelihara dan memulihara gajah-gajah Malaysia termasuk membanteras kegiatan pemburuan haram gajah-gajah liar. Pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pemburuan haram gajah ini dan antaranya adalah:

(i) melaksanakan Ops Belang yang telah dilancarkan pada 24 Januari 2019 di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pahang yang melibatkan 200 orang anggota Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perhutanan dan NGO yang berkonsepkan “boots on the ground”. Pengoperasian Ops Belang melibatkan 20 hotspot habitat Harimau Malaya yang juga habitat kepada gajah liar di mana kawasan ini telah dikenal pasti sebagai lokasi pemasangan jerat, pencerobohan dan pemburuan haram.

(ii) bermula Oktober 2019 “Ops Belang” telah diperkasakan dengan penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi lain seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negeri Perak dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Operasi bersepadu ini dinamakan sebagai “Operasi

(iii) Bersepadu Khazanah (OBK). Kerjasama dengan PDRM ini berkesan di dalam menyelamatkan hidupan liar negara dengan kejayaan beberapa kes tangkapan.

(iv) bagi kes yang melibatkan gajah, terdapat tiga (3) kes tangkapan iaitu penahanan pemburu gajah liar dan pemilikan gading gajah tanpa permit khas yang melibatkan warga tempatan iaitu satu (1) kes di Gua Musang, Kelantan, satu (1) kes di Pasir Mas, Kelantan dan satu (1) kes di Wakaf Baru, Kelantan. Kesemua kes masih di dalam siasatan jabatan dan akan di dakwa dalam masa terdekat.

(v) kerjasama daripada Kerajaan Negeri juga amat diperlukan bagi memastikan habitat gajah sentiasa terpelihara. Sebarang pembukaan hutan untuk tujuan pengusaha hasilan dan pembangunan hendaklah mengambil kira impak terhadap hidupan liar yang mendiami kawasan tersebut termasuk gajah. Wildlife Impact Assessment (WIA) hendaklah dijalankan bagi mengkaji kesan pembukaan sesuatu kawasan kepada populasi gajah dan komuniti berhampiran.

(vi) Selain itu, gajah adalah spesies yang dilindungi dan disenaraikan di bawah Apendiks i Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] di bawah KATS serta Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). KATS

selaku Pihak Berkuasa Pengurusan Utama CITES di Malaysia sentiasa prihatin dan bekerjasama dengan Jabatan PERHILITAN dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dalam apa isu-isu berkaitan perdagangan haram antarabangsa gajah.
(vii) Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan sebanyak RM 48.97 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam tempoh 2008 hingga 2019 bagi pelaksanaan Inisiatif Heart of Borneo (HoB). Inisiatif HoB melibatkan kawasan hutan yang meliputi kawasan sempadan Brunei Darussalam, Indonesia (Kalimantan) dan Malaysia (Sabah dan Sarawak) yang dianggarkan seluas 206,000 kilometer persegi. Inisiatif HoB membantu dalam memelihara habitat Gajah Pygmy Borneo melalui pengekalan forest connectivity di kawasan tersebut.

Sekian, terima kasih.​


Attachments