Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

12 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

61

Soalan

DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam menambah baik polisi dan penguatkuasaan aktiviti perlombongan di negara ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) sentiasa berusaha menambahbaik aspek perlombongan merangkumi elemen kelestarian serta penguatkuasaan dengan memperkenalkan polisi-polisi bertujuan mengawal aktiviti berkenaan di samping membentuk sistem dan prosedur semasa yang releven dengan perkembangan aktiviti perlombongan itu sendiri.

2. Antara peranan Kementerian adalah membentuk polisi-polisi semasa dan mengkaji semula dasar-dasar sedia ada berkaitan mineral di peringkat Persekutuan. Namun begitu, penghayatan dan pelaksaan hanya akan terhasil sekiranya polisi-polisi dan prosedur ini diterima pakai di peringkat Negeri bagi membolehkan ianya berfungsi sepenuhnya dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

3. Pengenalan kepada Dasar Mineral Negara 2 (DMN 2) yang dilancarkan pada 9 Januari 2009 bertujuan untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara melalui pembangunan sumber mineral yang efisyen, bertanggungjawab dan mampan di samping penggunaan sumber-sumber mineral secara optimum. DMN2 telah menjadi rujukan dalam rancangan pembangunan sumber mineral oleh negeri-negeri.
​4. Kementerian ini telah mengadakan beberapa siri engagement bersama jabatan/agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan, bertujuan untuk menyemak semula peraturan, prosedur dan garis panduan yang melibatkan perlombongan, contohnya Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan dan Pengkesportan Bauksit, bagi menjadikan aktiviti perlombongan mineral berkenaan sijalankan secara mampan serta penuh bertanggungjawab.

5. Kementerian ini juga, melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), telah menggubal Akta Pembangunan Mineral 1994 bagi mengawalselian dan menguatkuasa kerja-kerja berkaitan perlombongan mineral dan bijih mineral dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral juga telah digubal merangkumi aspek-aspek berkaitan pelesenan (bagi penyimpanan, pemprosesan dan pengangkutan mineral di luar teneman), efluen, pengemukakan laporan statistik, aktiviti peletupan dan kompaun.

6. Di samping itu, Kementerian ini dan JMG juga dalam usaha menyediakan Siri Amalan Terbaik dan Garis Panduan Industri Perlombongan dan Pengkuarian merangkumi aspek Pengurusan Alam Sekitar semasa Penjelajahan Mineral, Pengangkutan Mineral dan Batuan dalam Lombong dan Kuari, Peletupan dalam Industri Pelombongan dan Kuari, Tatacara Penyiasatan dan Pendakwaan (Perlombongan), serta Pemuliharaan Lombong dan Kuari.

7. JMG juga telah mengeluarkan Pekeliling-Pekeling Ketua Pengarah berkaitan penambahbaikan kawalan ke atas aktiviti perlombongan  dan pengeluaran kelulusan surat kebenaran operasi seperti Pekeliling Pengeluaran Kelulusan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM), Pekeliling Pemakaian Garis Panduan Pemeriksaan Lombong dan Surat Penilaian Teknikal bagi tujuan permohonan AP Eksport Mineral kepada Kementerian ini.
Sekian, terima kasih.

Attachments