Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

12 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

68

Soalan

YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan terperinci pengisian dan juga modul serta libat urus dengan agensi-agensi berkaitan Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) untuk pelajar sekolah dalam Kempen 'Selamatkan Harimau Malaya' sebagai sebahagian usaha untuk memulihara kewujudan spesies terancam ini.

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menjalankan usaha untuk memupuk kesedaran orang ramai terutamanya murid-murid sekolah dalam pemuliharaan hidupan liar termasuk Harimau Malaya melalui Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PPBD yang dijalankan di beberapa lokasi di bawah pengurusan Jabatan PERHILITAN iaitu di:

(i) Institut Biodiversiti, Lanchang Pahang,
(ii) Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis,
(iii) Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan Melaka,
(iv) Pusat Pendidikan Biodiversiti Bukit Marak, Terengganu,
(v) Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang,
(vi) Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Objektif PPBD adalah untuk:

(i) Menimbulkan rasa cintakan alam semulajadi dan kepentingan menjaga khazanah alam semulajadi;

(ii) Memberi kefahaman kepada peserta untuk menghargai hidupan liar dan kepentingannya dalam mengekalkan kestabilan alam sekitar; dan

(iii) Menerapkan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab peserta mengenai peranan mereka dalam memulihara ekosistem. Melalui PPBD ini juga, setiap peserta akan diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam hutan bagi menjiwai kepentingan menjaga alam semulajadi untuk konservasi hidupan liar dalam memupuk kesedaran awam mengenai kepentingan biodiversiti.

Program PPBD ini ditawarkan kepada semua sekolah di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, kesemua program PPBD adalah tertakluk kepada kelulusan KPM dan kesudian sekolah menyertai progam yang ditawarkan sahaja kerana ia bukan program paksaan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments