Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

7

Soalan

YBTM JAWAB

YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kerajaan untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada masa terdekat ini berikutan peningkatan kematian dan kemusnahan spesies-spesies terancam dalam negara kita.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang dalam proses meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Cadangan pindaan Akta 716 ini meliputi skop-skop:

(i) Skop 1: Penyelarasan dan pengukuhan hukuman kesalahan boleh tangkap di bawah Akta;

(ii) Skop 2: Penyelarasan aktiviti berkaitan hidupan liar;

(iii) Skop 3: Pelaksanaan Wildlife Impact Assessment (WIA) melibatkan kawasan habitat hidupan liar;

(iv) Skop 4: Penetapan tanggungjawab pemilik hidupan liar berlesen;

(v) Skop 5: Pertambahan kuasa penguatkuasa; dan

(vi) Skop 6: Penambahbaikan tafsiran dan penyelarasan peruntukan.

Pindaan ini mengukuhkan peruntukan undang-undang sedia ada bagi meningkatkan perlindungan serta pemuliharaan hidupan liar. Namun begitu, kerjasama daripada Kerajaan Negeri amat diperlukan bagi memastikan habitat hidupan liar sentiasa terpelihara. Sebarang pembukaan hutan untuk tujuan pengusaha hasilan dan pembangunan​ hendaklah mengambil kira impak terhadap hidupan liar yang mendiami kawasan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Attachments