Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

19

Soalan

DATUK HAJI HUSAM BIN MUSA​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini pembangunan projek tebatan banjir Sungai Golok dan bilakah ianya dijangka berfungsi sepenuhnya.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1) Bagi memastikan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok berfungsi sepenuhnya maka keseluruhan Fasa 1,2 dan 3 perlu disiapkan seperti yang telah dirancang.

2) Status sehingga kini hanya Fasa 1 telah diluluskan dibawah Di bawah RMKe 11, untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan siling kos projek sebanyak RM300 Juta.

3) Projek PLSB Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini telah bermula pada 23 April 2018 dan kemajuan fizikal kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 14% dijadualkan siap pada tahun 2022 dan berfungsi untuk mengurangkan risiko banjir hanya bagi Jajahan Tumpat dan Jajahan Pasir Mas sahaja.

4) Manakala bagi Fasa 2 dan 3, JPS melalui KATS akan memohon melalui RM ke 12 dengan kos sebanyak RM 748 juta.

Sekian, terima kasih.​


Attachments