Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

42

Soalan

YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan oleh kerana penggunaan hybrid, maka panel LED akan meningkat dari segi penggunaan dan mineral berunsur nadir bumi (REE) juga meningkat naik penggunaannya. Adakah sumber mineral ini terdapat di Malaysia dan jika ada, adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menerokainya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menjalankan kajian terhadap kewujudan unsur nadir bumi (Rare Earth Element, REE) dalam sejenis tanah liat dipanggil lempung jerapan ion (ion adsorption clay) di beberapa kawasan di negeri Semenanjung Malaysia seperti berikut:

i) Kedah (Jerai, Kulim, Sik dan Baling)

ii) Perak (Grik, Selama, Trong, Kati dan Batu Gajah)

iii) Negeri Sembilan (Titi, Senaling dan Johol)
iv) Melaka (Nyalas)

v) Johor (Bukit Mor, Tangkak dan Soga)

vi) Pahang (Sg. Chamang dan Benta)

vii) Kelantan (Stong, Batu Melintang, Tanah Merah dan Aring)

viii) Terengganu (Maras, Kenyir, Telemong, Wakaf Tapai, Air Puteh, Kertih, Kijal, Jerangau dan Jengai).

2. Selain daripada itu, kajian masih lagi diteruskan untuk menilai potensi sumber REE di kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia.

3. Memandangkan permintaan tinggi terhadap sumber REE ini di seluruh dunia, maka satu dasar dan hala tuju yang terperinci akan dibangunkan dengan mengambil kira pelbagai aspek terutamanya berkaitan dengan kesan kepada alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Attachments