Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

17 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

57

Soalan

​​YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-

a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk melindungi dan meningkatkan populasi Harimau Malaya yang semakin berkurangan; dan

b) adakah Malaysia bekerjasama dengan organisasi hidupan liar antarabangsa yang membantu pemeliharaan harimau liar dalam usahanya untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya ini.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kini telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melindungi dan meningkatkan populasi Harimau Malaya. Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah:

(i) meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi meningkatkan kadar denda dan menambah baik perundangan jenayah hidupan liar;

(ii) menjalankan 1st National Tiger Survey (1st NTS) di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) untuk menentukan anggaran sebenar populasi Harimau Malaya di Malaysia;

(iii) melaksanakan moratorium terhadap spesies mangsa harimau seperti Rusa Sambar dan Kijang selama 5 tahun iaitu dari 1 November 2016 hingga 30 November 2021;

(iv) meningkatkan rondaan penguatkuasaan di dalam dan luar Kawasan Perlindungan (PA) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Perbadanan Taman Negeri;

(v) melancarkan Kempen Selamatkan Harimau Malaya 2019-2020 bagi mempergiat usaha konservasi Harimau Malaya; dan

​(vi) meningkatkan program kesedaran awam seperti pameran, ceramah dan dialog bersama masyarakat dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

2. Di peringkat antarabangsa, Malaysia turut terlibat secara aktif dalam forum dan seminar bagi membincangkan isu pemuliharaan harimau. Antara kerjasama yang dijalankan bersama badan antarabangsa adalah seperti berikut:

(i) Global Tiger Forum (GTF) dalam bidang konservasi harimau yang melibatkan Tiger Range Countries (TRCs) dan penganjuran 4th Asia Ministerial Conference on Tiger Conservation (AMC) pada tahun 2020;

(ii) WWF International melalui WWF Malaysia bagi membantu dalam pelaksanaan standard pengurusan habitat harimau melalui program Conservation Assured Tiger Standards (CATS);

(iii) Sekretariat The Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) bagi pengawalan perdagangan spesies flora dan fauna terancam termasuk Harimau Malaya; dan

(iv) The International Criminal Police Organization (INTERPOL) bagi menyelaras perkongsian maklumat dan pelaksanaan operasi penguatkuasaan rentas sempadan jenayah hidupan liar.

Sekian, terima kasih.

​

Attachments