Tuan Yang di-Pertua,
Bagi mengatasi isu hakisan tanah sepanjang Sungai Pegalan, permohonan Projek Rancangan Pengukuhan Tebing Sungai Pegalan Lembangan Sungai Padas Keningau dengan kos sebanyak RM84 juta telah dimohon dalam RMKe-11. Antara kampung-kampung yang terlibat ialah Kg. Awas-Awas, Kg. Merampong, Kg. Baginda, Kg. Linsudan dan Kg. Durok. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak diluluskan bagi memberi keutamaan kepada projek-projek yang lain.
Permohonan peruntukan akan dimohon semula dalam RMKe-12 dengan pertambahan kos dan bilangan kampung yang terlibat.
Sekian, terima kasih.