Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

33

Soalan

 YB DATIN RAHIMAH BINTI MAHAMAD​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pelan kenaikan tarif air pengguna domestik dan industri bagi setiap negeri dan bagaimana Kerajaan dapat menangani impak kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan tarif air.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN) telah membangunkan Tariff Setting Mechanism (TSM),
untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang telus, adil,
progresif dan sistematik. TSM mempunyai 2 ciri penting. Ciri
pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia bagi menentukan
komponen kos yang wajar dikenakan ke atas setiap kategori.
Manakala, ciri kedua ialah pelarasan kadar tarif sedia ada secara
beransur-ansur agar sepadan dengan kos sebenar perkhidmatan.
Dalam rangka pelaksanaan TSM, Kementerian telah mengadakan
sesi konsultasi bersama operator air, kerajaan negeri dan
pengguna. Cadangan TSM dijangka akan dibentang kepada
Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk pertimbangan sebelum
dilaksanakan.
2. Pelaksanaan TSM adalah merupakan satu langkah penting bagi
memandu industri perkhidmatan air ke arah mencapai aspirasi
kemapanan jangka masa panjang. Pada masa yang sama,
pelaksanaan TSM turut melindungi kepentingan pengguna di mana
pengguna dapat mengetahui secara jelas akan komponen tarif serta
asas tarif yang dikenakan ke atas mereka. Dalam hubungan ini,
hanya kos langsung yang efisien dalam penyediaan perkhidmatan
bekalan air diambil kira dalam penetapan tarif air.
3
3. Kementerian memberi jaminan bahawa impak kenaikan kos sara
hidup kesan daripada pelaksanaan TSM adalah sangat minimum,
iaitu hanya melibatkan kenaikan antara 6 sen sehingga 71 sen bagi
setiap 1,000 liter penggunaan. Bagi menjamin supaya pelaksanaan
TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah,
Kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada
jalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu. Manakala bagi
pengguna bukan domestik, purata kenaikan bil air bulanan adalah
antara RM1.75 – RM19.25 berdasarkan anggaran purata semasa
penggunaan air sebanyak 35 meter padu atau 35,000 liter sebulan.
Kadar ini secara umumnya jauh lebih rendah jika dibandingkan
dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, internet, telekomunikasi
dan saluran televisyen berbayar.
Sekian, terima kasih.​


Attachments