Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air, Sektor Air

Nombor Soalan

48

Soalan

​​YB DATUK LIM PAY HEN​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:

a) berapa dan menyenaraikan kadar kenaikan tarif air di setiap negeri bagi tahun 2020; dan
b) apakah peruntukan dan projek infrastruktur air yang dilaksanakan oleh kementerian di setiap kawasan parlimen untuk menaik taraf bekalan sumber air kepada pengguna.​


Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,
1. Kadar kenaikan tarif air di setiap negeri adalah berbeza dengan mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza-beza di setiap negeri. Secara umumnya melalui Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM kenaikan yang dianggarkan adalah di antara 6 sen sehingga 71 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan. Purata kadar kenaikan bagi setiap negeri adalah seperti berikut:



2. Bagi tahun 2020, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM396.4 juta untuk meningkatkan infrastruktur dan menaik taraf bekalan sumber air kepada pengguna di setiap kawasan Parlimen iaitu:
i) di Johor terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Iskandar Puteri, Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pasir Gudang dan Pulai dengan peruntukan sebanyak RM15 juta;
ii) di Kedah terdapat enam (6) projek melibatkan Parlimen Pendang, Kubang Pasu, Alor Setar, Merbok, Baling, Kulim-Bandar Bahru dan Langkawi dengan peruntukan sebanyak RM40 juta;
iii) di Melaka terdapat dua (2) projek melibatkan keseluruhan Parlimen dengan peruntukan berjumlah RM27 juta;
iv) di Kelantan terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Kuala Krai dan Kota Bharu dengan peruntukan sebanyak RM11 juta;
v) di Negeri Sembilan terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Rasah, Serembah, Port Dickson dan Tampin dengan peruntukan berjumlah RM20 juta;
vi) di Pahang terdapat lapan (8) projek melibatkan Parlimen Lipis, Pekan, Bentong, Indera Mahkota dan Raub dengan peruntukan berjumlah RM27 juta;
vii) di Selangor dan Kuala Lumpur terdapat satu (1) projek melibatkan Parlimen Hulu Langat, Shah Alam, Cheras, Kepong dan Selayang dengan peruntukan berjumlah RM4 juta;
viii) di Terengganu terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu dengan peruntukan berjumlah RM0.4 juta;
ix) di Pulau Pinang terdapat dua (2) projek melibatkan Parlimen Bukit Mertajam dan Kepala Batas dengan peruntukan berjumlah RM33 juta;
x) di Wilayah Persekutuan Labuan terdapat enam (6) projek dengan peruntukan berjumlah RM24 juta;
xi) di Sabah terdapat sembilan (9) projek melibatkan Parlimen Tawau, Silam, Tuaran, Kota Marudu, Semporna, Ranau, Kota Kinabalu, dan Sandakan dengan peruntukan berjumlah RM48 juta;
xii) di Sarawak terdapat enam belas (16) projek melibatkan Parlimen Bintulu, Puncak Borneo, Baram, Lawas, Petra Jaya, Miri, Lanang, Sibu dan Bandar Kuching dengan peruntukan berjumlah RM123 juta; dan
xiii) di Perlis terdapat empat (4) projek melibatkan ketiga-tiga Parlimen dengan peruntukan berjumlah RM24 juta.
Sekian, terima kasih.​


Attachments