Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan, Biodiversiti

Nombor Soalan

67

Soalan

YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang lebih proaktif oleh Kementerian bersama-sama agensi penguat kuasa yang lain dan Kerajaan Negeri bagi mengekang aktiviti memburu gajah yang semakin serius.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) amat serius dalam usaha memelihara dan memulihara spesies gajah di Malaysia termasuk membanteras kegiatan pemburuan haram gajah-gajah liar. Tindakan yang lebih proaktif telah dilaksanakan oleh Kementerian bersama-sama agensi penguat kuasa yang lain dan Kerajaan Negeri bagi mengekang aktiviti memburu gajah yang semakin serius.

2. Pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negeri Perak dan Johor serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti World Wide Fund for Nature (WWF-Malaysia), Wildlife Conservation Society Malaysia (WCS), RIMBA dan Pelindung Alam (PELINDUNG). OBK merupakan salah satu program di bawah Kempen “Selamatkan Harimau Malaya” yang telah dilancarkan pada 3 September 2019. OBK juga adalah berkonsepkan penguatkuasaan secara “boots on the ground” dengan rondaan dan kawalan berterusan di kawasan habitat Harimau Malaya yang juga merupakan habitat kepada gajah liar. Selain itu, aktiviti risikan juga dilaksanakan di lokasi hotspot hidupan liar bagi mencegah pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), membanteras pemburuan haram dan menghapuskan jerat.

3. Sebanyak lima (5) siri OBK telah dijalankan melibatkan kejayaan 20 kes tangkapan. Daripada siri operasi tersebut, seramai 62 individu telah berjaya ditangkap yang terdiri daripada 43 warga asing dan 19 warga tempatan. Tangkapan telah dijalankan di negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Johor. Antara kesalahan yang dilakukan adalah jenayah pemilikan pelbagai spesies hidupan liar, memiliki jerat dan memasuki Taman Negara atau HSK tanpa permit.

4. Terdapat tiga (3) kes tangkapan yang melibatkan gajah iaitu penahanan pemburu gajah liar dan pemilikan gading gajah tanpa permit khas yang melibatkan warga tempatan iaitu di Gua Musang, Kelantan, Pasir Mas, dan satu Wakaf Bharu di Negeri Kelantan. Kesemua kes masih di dalam siasatan jabatan PERHILITAN dan pendakwaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Sekian, terima kasih.​



Attachments