Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

58

Soalan

YB TUAN ZAIEDI SUHAILI​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah tanah di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang telah dipindah milik oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan-tujuan pembangunan awam tetapi belum lagi dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan melaksanakan permohonan pemberimilikan kepada Kerajaan Negeri Sarawak berdasarkan keperluan pembangunan bagi tujuan maksud Persekutuan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, terdapat tanah-tanah yang telah diberi milik atau dirizabkan untuk tujuan Persekutuan belum dibangunkan mengikut keperluan iaitu sebanyak 153 lot tanah.

Tanah-tanah tersebut masih belum dapat dibangunkan mengikut perancangan kerana terdapat kekangan peruntukan dan penyusunan semula keutamaan projek.

Sekian, terima kasih.


Attachments