Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 December 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

60

Soalan

YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG  Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan membiayai projek pembinaan empangan Papar yang banyak mendapat tentangan dari komuniti yang terkesan dan kumpulan NGO alam sekitar yang mahukan pilihan alternatif yang lebih mampan dan murah.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Pada asalnya, Kementerian ini menyokong permohonan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kajian bertajuk “Kajian Kemungkinan Pembinaan Empangan Papar” semasa sesi permohonan bajet Rolling Plan Ke-4 (RP4) 2020. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan projek Pembinaan Empangan Papar melalui konsep Pembiayaan Kewangan Swasta (PFI) dengan syarikat dari Negara China. Oleh kerana lantikan syarikat tersebut telah dibuat sebelum kelulusan projek diberikan, maka pelaksanaan projek perlu ditanggung sendiri oleh Kerajaan Negeri dan cadangan kajian yang disyorkan dalam permohonan RP4 2020 dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

Attachments