Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 July 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

2

Soalan

PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] Minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan program Large Scale Solar (LSS) pakej ketiga serta langkah yang diambil bagi memastikan kos penjanaan bagi program LSS@MEnTARI yang baru diumumkan kekal kompetitif dan rendah.​​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kesemua 5 pembida yang berjaya dalam bidaan Large Scale Solar Pusingan Ketiga (LSS-3) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga atau Power Purchase Agreement (PPA) dengan Tenaga Nasional Berhad. Walaupun syarikat-syarikat tersebut mengalami kelewatan pelaksanaan projek berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kesemua pembida tersebut dijangka mencapai financial close sebelum akhir tahun ini.

2. Bagi memastikan kos penjanaan di bawah Program LSS kekal kompetitif dan rendah, Kerajaan telah meneruskan proses bidaan terbuka bagi penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) di bawah Program LSS@MEnTARI. Langkah ini adalah selaras dengan dasar perolehan tenaga elektrik Kerajaan iaitu mengikut prinsip least cost option dan memastikan industri TBB negara bersaing secara sihat.
​​​​​​
Sekian, terima kasih.
Attachments