Tuan Yang di-Pertua,
1. Terdapat beberapa pengkelasan pasir yang dikendalikan oleh Kementerian ini berdasarkan kewujudan, kegunaan dan kandungan mineral bahan tersebut. Contohnya, pasir sungai, pasir laut, pasir lombong, pasir pantai dan pasir silika.
2. Merujuk kepada dasar terkini Kerajaan, ianya masih diteruskan dan akan dikaji dari semasa ke semasa.
3. Kementerian ini membenarkan pengeksportan pasir sungai ke negara-negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Malaysia. Contohnya, India, Hong Kong, Taiwan, China dan lain-lain.
4. Kelulusan/kebenaran Pihak Berkuasa Negeri berkaitan (negeri di mana sumber pasir sungai diperolehi/ diekstrak) adalah diperlukan sebelum pengeluaran Lesen Eksport (AP) kepada syarikat-syarikat pemohon diluluskan untuk mengeksport pasir sungai ke luar negara.
Sekian, terima kasih.