Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

21 July 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

16

Soalan

PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk menuntut semula tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dari penjana-penjana kuasa bebas (IPP). Berapa jumlah yang telah dituntut sejak Mac 2020.​


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Usaha untuk menuntut semula tunggakan daripada penjana-penjana elektrik masih diteruskan mengikut jadual bayaran ansuran yang telah dipersetujui dengan syarikat-syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, proses tuntutan hutang mengalami kelewatan berikutan penstrukturan semula Kementerian dan Agensi serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, tiada sebarang kutipan tunggakan diterima sejak Mac 2020.

2. Dengan berakhirnya tempoh PKP, urusan tadbir urus telah pun diselesaikan dan Kementerian telah memaklumkan mengenai tatacara dan kaedah pembayaran terkini kepada penjana-penjana elektrik yang berkaitan untuk melaksanakan bayaran yang tertangguh dalam tempoh PKP. Susulan itu, tuntutan sumbangan tertangguh sepanjang tempoh PKP juga telah dilaksanakan bermula pada bulan Julai 2020. Ansuran selepas tempoh PKP akan diterima mengikut jadual bayaran ansuran yang telah dipersetujui.

Sekian, terima kasih.
Attachments