Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian ini telah menerima dossier pencalonan tapak rizab biosfera Bukit Bendera daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan sedang dalam proses menguruskannya untuk kelulusan Jemaah Menteri. Dossier pencalonan akan dikemukakan kepada Sekretariat United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada bulan September 2020.
2. Pencalonan tersebut akan melalui proses penilaian oleh panel Advisory Committee for Biosphere Reserve. Seterusnya pencalonan ini akan dibentangkan di Mesyuarat Man and the Biosphere International Coordinating Council (MAB ICC) untuk pertimbangan akhir.
Sekian, terima kasih.