Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

12 August 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

11

Soalan

DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN [ PONTIAN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah pemilikan tanah mengikut kaum untuk setiap 14 negeri di Malaysia serta bahagikan mengikut kategori bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar. Nyatakan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu di setiap 14 negeri serta adakah Kementerian bercadang untuk menambah tanah Rizab Melayu itu. ​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua, 

1. Untuk makluman, maklumat mengenai pemilikan tanah mengikut kaum untuk setiap negeri di Malaysia mengikut kategori bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar disimpan oleh setiap negeri secara berasingan. Sebagai maklumat tambahan dalam ruangan tuan tanah berdaftar hanya didaftarkan nama individu dan nombor kad pengenalan dan tiada rekod pendaftaran kaum, etnik atau agama dalam dokumen hakmilik tanah selaras dengan prinsip setiap individu yang tidak tertakluk dengan had umur, kewarasan seseorang dan tidak diisytihar bankrap boleh memiliki tanah tanpa prejudis agama atau bangsa.

2. Urusan pemilikan tanah  dan urusan perizapan Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.

3. Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah. Dalam konteks ini, tugas JKPTG ialah membantu kerajaan negeri mengemaskini data Tanah Rizab Melayu (TRM).

​4. Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung pemilikan tanah dan keluasan TRM bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan. 

Sekian, terima kasih.

Attachments