Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

12 August 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

24

Soalan

DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ PORT DICKSON ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan susulan dengan pengumuman Kementerian meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) berjumlah RM942 juta semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apakah tindakan yang diambil terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengenakan kenaikan bil elektrik secara mendadak kepada pengguna semasa PKP.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua, 

Berdasarkan semakan yang dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan caj dalam bil elektrik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan penggunaan tenaga yang direkodkan melalui meter yang sah dengan mengikut kadar dan struktur tarif seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Oleh itu, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap TNB kerana TNB mematuhi peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

​Sekian, terima kasih.

Attachments