Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

12 August 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

40

Soalan

PUAN YEO BEE YIN [ BAKRI ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah aduan diterima Suruhanjaya Tenaga berkenaan isu bil elektrik tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Adakah TNB telah melanggar Minimum Standard Level (MSL) dalam penyediaan bil yang melebihi satu bulan dan apakah tindakan untuk setiap kes aduan.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

1. Suruhanjaya Tenaga telah menerima sebanyak 3,551 aduan berkaitan bil elektrik tinggi selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) mula membaca meter dan mengeluarkan bil dengan bacaan sebenar semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), iaitu mulai 15 Mei 2020.

2. Pengeluaran bil elektrik secara anggaran ini adalah dibenarkan berdasarkan kepada Peraturan 4(4)(h), Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990, iaitu dalam apa-apa keadaan lain yang boleh membahayakan keselamatan pemegang lesen. Dalam hal ini, pemegang lesen hendaklah mengeluarkan bil kepada pengguna berdasarkan rekod penggunaan terdahulu dan pelarasan perlu dibuat setelah bacaan meter sebenar diperolehi. Maklumat bil anggaran boleh disemak oleh pengguna melalui Portal TNB dan juga aplikasi myTNB.

3. Pihak TNB telah mengeluarkan bil anggaran setiap bulan secara digital dan mematuhi Minimum Standard Level (MSL) TNB yang telah ditetapkan. Justeru itu, pihak Suruhanjaya Tenaga mendapati tiada sebarang pelanggaran terhadap Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 dan MSL oleh pihak TNB.

​Sekian, terima kasih.

Attachments