Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

12 August 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

45

Soalan

DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN  DATO' AZUMU [ TAMBUN ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan dasar Net Energy Metering (NEM) telah dikaji semula oleh Menteri MESSTEC pada 1 Januari 2019 di mana penggunaan teknologi ini dapat mengurangkan harga jual-beli elektrik pengguna dengan cara menjana dan menggunakan elektrik melalui solar panel. Namun, penggunaan dasar NEM ini dibahagikan mengikut kuota iaitu penggunaan domestik dan bukan domestik. Sehubungan itu, apakah hala tuju Kementerian dalam memastikan kepentingan Kerajaan Negeri terpelihara dalam pemberian kuota Large Scale Solar melalui kuota Negeri.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua, 

1. Program Net Energy Metering (NEM) telah dilaksanakan sejak tahun 2016 dan terbuka kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik, komersial, industri dan pertanian yang layak serta mematuhi kriteria yang telah ditetapkan. Kerajaan tidak menetapkan sebarang pengagihan kuota mengikut kategori pengguna bagi program ini. Di bawah program ini, pemilik bangunan boleh memasang sistem solar di atas bumbung dan menjana elektrik untuk kegunaan sendiri. Lebihan tenaga yang dijana boleh dijual ke grid pada kadar tarif yang setara dengan kadar tarif elektrik yang dibeli daripada syarikat utiliti. 

2. Bagi pelaksanaan Program Large Scale Solar atau LSS, Kerajaan tidak memperuntukkkan sebarang kuota khusus kepada mana-mana negeri. Sebaliknya, pemberian kuota dilaksanakan secara bidaan terbuka bagi mendapatkan harga tawaran tarif yang paling kompetitif dalam kalangan pembida. Kerajaan Negeri melalui anak syarikat boleh menyertai proses bidaan LSS sama ada secara langsung ataupun melalui penubuhan konsortium dan usahasama.

Sekian, terima kasih.

Attachments