Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

18 August 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

3

Soalan

DATO' MOHD. NIZAR BIN HAJI ZAKARIA [ PARIT ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah peruntukan tahunan Dana Akaun Amanah Bekalan Industri Elektrik (AAIBE); dan

(b) kemanakah dana ini telah disalurkan dan apakah kesannya kepada rakyat.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sumber dana bagi Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) adalah daripada sumbangan tahunan penjana-penjana elektrik yang menyumbang 1% daripada jumlah hasil pendapatan tahunan yang telah diaudit selepas ditolak kos bahan api. Jumlah sumbangan tahunan adalah sekitar RM60 hingga RM90 juta.

2. Dana ini telah disalurkan bagi melaksanakan program-program berikut:

i) bekalan elektrik luar bandar;

ii) penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri bekalan elektrik termasuk R&D bagi pembangunan sumber-sumber tenaga baharu dan tenaga boleh baharu;

iii) latihan dan pendidikan bagi pembangunan sumber manusia untuk sektor elektrik;

iv) penggalakan kecekapan penggunaan elektrik;

v) pembangunan dan promosi industri bekalan elektrik; dan

vi) mengurus impak tarif elektrik.

3. Melalui pelaksanaan program-program ini, ia telah memenuhi tujuan penubuhan dana ini untuk membangunkan industri bekalan elektrik yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat

Sekian, terima kasih.
Attachments