Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 August 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Mineral

Nombor Soalan

12

Soalan

DATO' DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM [KUALA LANGAT] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan potensi pengeluaran REE (Unsur Nadir Bumi) yang begitu bernilai ekonomi. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk membangunkan potensi baru ini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) masih lagi meneruskan kajian untuk menilai potensi sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan-kawasan di seluruh Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengekstrakan nadir bumi yang akan dibangunkan kelak adalah dari jenis “ion adsorption clay" yang mana tiada kandungan bahan radioaktif. Berdasarkan kajian semasa yang dijalankan oleh JMG, jumlah nilai sumber unsur nadir bumi adalah dianggarkan bernilai USD182 bilion. 

Kerangka Dasar

KeTSA sedang membangunkan satu kerangka dasar dan dengan izin Standard Operating Procedure (SOP) yang akan menjadi panduan kepada agensi-agensi kerajaan dan penggiat industri bagi memastikan industri ini dilaksanakan secara mampan dan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar.

Sehubungan itu, KeTSA telah mengariskan 9 teras yang akan menjadi panduan kepada penyediaan kerangka dasar pelaksanaan pembangunan industri perlombongan NR-REE di Malaysia seperti berikut:

  1. membangunkan penggiat industri;
  2. pengenalan insentif;
  3. pembangunan teknologi;
  4. pewujudan zon/kluster;
  5. penyelarasan tadbir urus agensi;
  6. penyelarasan perundangan;
  7. penstrukturan industri unsur nadir bumi;
  8. pangkalan data rizab unsur nadir bumi; dan
  9. pembangunan kapasiti modal insan.

KeTSA juga sedang dalam proses merangka perundangan dan SOP bagi operasi perlombongan mineral NR-REE.  Program kesedaran berbentuk simposium, webinar dan sesi libat urus yang berkaitan pembangunan NR-REE telah dan akan dilaksanakan bagi meyakinkan rakyat bahawa keselamatan dan kesejahteraan sememangnya perkara yang diutamakan dalam membangun sumber ini. 

​Sekian, terima kasih.

Attachments