Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 August 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

50

Soalan

PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH [PETALING JAYA] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian sedang mempertimbangkan syor bahawa Akta Perhutanan harus dipinda untuk mewujudkan jawatankuasa di peringkat tiap negeri untuk memainkan fungsi semak dan imbang.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua, 

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian pada masa ini sedang dalam peringkat akhir proses pindaan kepada Akta Perhutanan Negara [Akta 313]. Walau bagaimanapun, Kementerian tidak bercadang untuk memasukkan pindaan berkaitan pewujudan jawatankuasa di peringkat negeri untuk memainkan fungsi semak dan imbang. 

2. Ini kerana, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan. 

3. Dalam hal ini, platform Majlis Tanah Negara digunakan sebagai mekanisme semak dan imbang di mana perkara berkaitan pengurusan hutan akan dibentangkan dalam Majlis Tanah Negara untuk dibincangkan dan mencapai kata sepakat dalam memastikan pengurusan hutan negara dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara berkekalan. 

Sekian, terima kasih.

Attachments