Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 August 2020

Tahun Persidangan

2020

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

52

Soalan

DATO' SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR [JERLUN] minta MENTERI TENAGA DAN ALAM SEKITAR menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan dengan rancangan Kerajaan negeri, khususnya Kerajaan Negeri Kedah untuk membenarkan semula aktiviti pembalakan, khususnya di pinggiran kawasan hutan simpan dan zon tadahan air.​

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua, 

1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan berkaitan perhutanan. 

2. Walau bagaimanapun, Kementerian ini tidak bersetuju dengan perancangan Kerajaan Negeri Kedah untuk membenarkan semula aktiviti pembalakan, khususnya di pinggiran kawasan hutan simpan dan zon tadahan air. 

3. Ini kerana aktiviti pembalakan di pinggiran kawasan hutan simpan dan zon tadahan air akan menjejaskan kawasan tersebut terutamanya dari segi kualiti dirian hutan serta ekosistem di kawasan tersebut. Selain itu, ianya juga akan memberi kesan kepada sumber air bersih yang dibekalkan oleh kawasan tersebut yang akan turut menjejaskan kualiti hidup rakyat. 

Sekian, terima kasih.

Attachments